Search Here

Pages

Sunday, March 14, 2010

Kegunaan Penyata Pendapatan, Lembaran Imbangan dan Penyata Alirtunai

Penyata Pendapatan berguna untuk:











  1. menilai prestasi syarikat/organisasi pada masa lepas.
  2. menentukan risiko (ketidakpastian)alirtunai masa depan. Maklumat pelbagai komponen bagi pendapatan iaitu hasil, belanja, untung atau rugi akan membantu bagi penilaian terhadap kemungkinan aliran tunai yang berterusan pada masa depan.
  3. meramal prestasi masa depan.

Lembaran Imbangan





A.Kegunaan.
  1. Menyedaiakan maklumat mengenai aset, tanggungan dan ekuiti syarikat/organisasi.
  2. Menilai kecairan, keupayaan (solvency) dan keanjalan kewangan.
  3. Membantu dalam menilai risiko dan meramal aliran tunai masa depan.
B.Batasan
  1. Tidak menunjukkan nilai semasa.
  2. Terpaksa menggunakan anggaran dan budi bicaran (judgments):
             a.  dalam menentukan kebolehkutipan hutang (receivables).
             b.  dalam menilai kebolehjualan inventori.
             c.  dalam menentukan usiaguna aset jangka panjang.

Penyata Alirtunai











A. Tujuan
  1. Untuk memberikan maklumat mengenai penerimaan dan pembayaran tunai yang dibuat oleh entiti sepanjang tempoh operasi.
  2. Untuk meringkaskan operasi, pelaburan, dan aktiviti kewangan perniagaan.

Wednesday, March 10, 2010

Nama-Nama Dalam Islam


Nama adalah satu panggilan bagi seseorang atau akan sesuatu. Biasanya, hal nama ini adalah dititikberatkan bagi seseorang. Dengan memanggilnya dengan sesuatu nama, ianya boleh diibaratkan mendoakan seseorang itu. Jika baik panggilannya, maka Insya'Allah baiklah nanti amalannya dan sekiranya buruk panggilannya maka Naudzu billahi min zalik buruklah nanti amalannya. Oleh itu, Islam menyarankan agar kita memberi nama yang baik-baik kepada anak-anak.

Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusiapertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.
Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

Menurut sebuah hadith dari Rasulullah SAW bahawa nama yang baik diberikan kepada anak-anak dari kaum muslimin ialah nama para nabi. Manakala yang lebih afdhal (utama) dan disukai oleh Allah SWT ialah Abdullah dan Abdur Rahman. Sedangkan nama yang paling tepatnya ialah Harith dan Hammam. Nama yang paling buruk pula ialah Harb (perang) dan Murrah (pahit).
Adalah menjadi kewajipan bagi kedua ibu bapa untuk memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya. Pada dasarnya, memberikan nama yang baik kepada anak-anak bukanlah wajib hukumnya. Namun, jika ditinjau dari segi kesan dan akibat yang timbul daripadanya, maka hukumnya akan beralih menjadi wajib secara sendirinya.
Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih dan memberikan nama kepada anak-anak. Pilihlah nama yang dianjurkan oleh Islam atau sekurang-kurangnya nama yang membawa maksud yang baik.
  1. Nama-nama Pilihan Anak Lelaki.
  2. Nama-nama Dilarang dalam Islam.
Dipetik Dari Buku:
Amalan ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi.


PAUTAN LINK LAIN-LAIN:
Nama Anak Lelaki;
A   B   C   D   E   F   G   H   I
J   K   L   M   N   O   P   Q   R
S   T   U   V   W   X   Y   Z


Nama Anak Perempuan;
A   B   C   D   E   F   G   H   I
J   K   L   M   N   O   P   Q   R
S   T   U   V   W   X   Y   Z

Komen Anda?